expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 9, 2011

Resipi: Ikan Keli Goreng Berempah

Salam!

huhu. hari ni jom kita ke segmen Mak Eyun Ajar!
kehkeh. weekend lepas Eyun balik rumah. huhu, seriusly best giler bersahur, berpuasa and berbuka puasa kat rumah. nikmatnya tak terkata!
waktu balik tu sempatlah masak beberapa jenis hidangan untuk family. eceh! thanx mum, ajar saya and let me do it all alone. huhu. bolehlah nak kawen pasneh! haha.
btw, sape sape nak masak dengan Eyun dia mestilah pandai main guli!
kenapa?. sebab Eyun masak main campak campak je, xde nak sukat sukat ke ape.
eala, dah teror kan. silap silap terlebih masin!


jejomm!!

8 orang hidangan

bahan utama:
1. 4 ekor ikan keli bersaiz besar. disiang dan dipotong 3.
2. sedikit air asam jawa
sedikit garam

*bahan bahan dikisar:

6x6 cm halia
4 ulas bawang putih
segenggam cili kering
4 batang serai
3x3 cm kunyit

*suka hati letak sukatan

dah potong baru ingat nak amik gambar



cara-cara:
1. perap ikan  dengan sedikit garam dan asam jawa untuk buang rasa hanyir
2. sementara itu, kisar bahan bahan dikisar dengan menggunakan air asam jawa dan garam. jika mahu                                      berempah, kisar kasar kasar. kalau tak pon takpe.
3. basuh balik ikan tadi. perap ikan dengan bahan bahan dikisar selama beberapa minit.
4. goreng dan siap!!

macam ni ha. 
yang dah digoreng lupa nak amik gambar.


dan kalau ada lebih rempah dia tu, bolehlah disimpan di dalam fridge untuk kegunaan lain hari.
thanx to en google.




ohh, senangnya memasak!!
 sedap kot rasa dia. eh, bukan saya puji masakan sendiri, tapi sedaplah rasa rempah2 dia. 
masam masam pedas sikit gitu.



selamat mencuba!

3 7 orang doa saya cepat kawen!:

hamzah ian said...

nk tgk gmbr dah siap.. hehehe

No name said...

turn off mood makan tiba - tiba sbb tak der gmbar dah sipa hehehe

yuna icha said...

bukan apa, puasa kan. heheh.