Wednesday, April 29, 2026
Infertility
Tuesday, June 10, 2025
Aidiladha 1446H / 2025M : Erti Sebenar Sebuah Pengorbanan Part II
Assalamualaikum welcome back...
so i sambunglah.. lepas 3 jam operation tu.. i sedar lepas full bius.. i dpt dengar dengan jelas la dorg tu sebut right fallopian tube, dan nampak pegang 2 specimen.. tapi tak dapat process sebab kepala terlalu berat.. dan masani dah start terasa sakitnya dihiris mcm ada pedang kat perut..
Lepas dah stabil sikit i dipindahkan ke ward biasa.. malam tu dan esoknya terlalu sakit.. i cant even move my hips..
tulang belakang, tulang cocyx sakit gila sebab lama x bergerak....
lusanya baru gagahkan diri ke toilet sebab nak balik awal. lama lama duk spital mahal lagi kena bayar hahah
dahlah insurance x cover.. sobss...
so i bertahanlah sakit sepanjang masa ni....
selama bertahun tahun ttc xpernah sedih, but bila dah pregnant pastu tiba tiba je x pregnant.. i sedih sgt...
i've lost my baby.... i dah x boleh nak berangan happy..
and please jgn cakap i x bersyukur.. i x tahu orang lain, tapi bagi i, i lah manusia paling bersyukur kat Allah atas segala nikmatNya selama ini...
and please juga janganlah compare kesusahan i dengan kesusahan u, kesusahan kita tak kan pernah sama..
walaupun dah ada anak, ttc tetap ttc.. bukannya orang yg xde anak je TTC.. nama pun Trying To Conceive.. frasa ni bukan khas utk org xde anak je...
and i believe, just like me, mak mak yang ada anak ramai pun selalu mendoakan buat mereka yang TTC.. bukankah doa yang diucapkan dalam diam itu lebih baik... pls jgn buruk sangka kt org yg dah ada anak.. ujian kita berbeza.. setiap orang yg beriman itukan diuji..
Ive been in both shoes
Cepat lekat shoes and susah lekat shoes
The truth is kita mmg xkan faham selagi kita x melaluinya sendiri.
In cepat lekat shoe we might think apa susah sgt nak pregnant. Ikut jela time subur tu cnfirm lekat. Etc.
In susah lekat shoe, tuhan sajalah tahu betapa strugglenye kita melalui hari hari mendatang..
Puas usaha, puas berubat, x tahu di mana silap, bilakah masanya dapat merasa...
InsyaAllah... I doakan.. selagi u ada rahim, selagi ada sperm yg sihat, its just matter of time..
Kalau bukan didunia ini, di akhirat nanti mintalah apa saja .
Ingatlah setiap detik perjuangan kita demi mendapatkan zuriat, menambah umat Nabi Muhammad SAW, setiap perjuangan itu diberikan ganjaran pahala...
Dan betapa ramainya isteri yang menanggung kata kata orang luar yg tidak mengetahui bahawasanya suaminya lah yg tidak dapat menjadi penyumbang ttc.. tp diam je sorok psl suami...bukan kita minta pun.. bukan dia minta pun .. They just accept it.. bygkan pahala yg dia dapat tu..
for my case, i bayangkan yang i ni dah study siang malam, ingatkan fail di tengah jalan.. rupanya lecturer bagi extra marks atas usaha i selama ini..
samalah dengan usaha i untuk pregnant.. cakap je apa tips semua aku buat..
workout, jaga makan, minum kelapa bakar, makan madu kacang, makan serbuk buah zuriat, supplement folic acid, inositol, kira tarikh subur, buat HSG test kat hospital, sperm test, sedekah, mengaji, hafal quran, siap dah ada skrip tetap doa husband bacakan setiap kali lepas solat jemaah.. u name it, apa lagi semua dah buat..
Allah makbulkan.. tapi sekejap je.
rupanya Allah nak bagi 'hadiah' yang lebih besar..
i x boleh bayangkan betapa banyaknya dosa gugur ibarat dedaunan yang gugur dari pokok, betapa banyaknya pahala yang Allah reserve untuk i kutip di akhirat nanti..
terima kasih Ya Allah, walau ujian ini berat sekali.. namun aku redha....
Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan daku nikmatMu..
bukan semua orang yang sihat mcm aku diuji sakit mcm ni.. aku sangat sangatlah beruntung...
dan sakit yang aku alami bukanlah sakit kronik yang tidak dapat sembuh.. aku bersyukur sgt sgt..
aku doakan mereka yang diuji sakit berpanjangan agar dipermudahkan segala urusan, diberi kesembuhan dan ketabahan dan dikurniakan limpahan pahala aamiin ya rabbal aalamiin....
please jangan bagi aku tazkirah.. i x perlukan kata kata tazkirah
i have enough motivation for myself
Ni bukan pasal bersyukur or x , ni bukan pasal nanti ada rezeki lain boleh beranak lagi. No.
Ni pasal kehilangan, grieving..
I need to embrace this phase first before moving on...
i cuma nak meluah je..
im glad that my TTC journey ends early..
Takdelah ambil masa lama sgt utk move on. Dah boleh pasang badan balik ehhhhh haha
makcik2 kt kampung pun takkan bertanya dah bila nak tambah baby hehe
dont worry makcik2 i x ambil hati pun selama ni.. orang tanya bila nak tambah, kita minta doa as always...
Thanks famili in laws for taking care of me, after all i was pregnant with our son, our nephew, our grandson jugak. Ceh confident je baby boy.. hehe xpela..
Orang sakit ni nak minta tolong pun segan
Malam malam i nangis, grieving.. sedih sgt... serius...
Buat masa skrg kena jauhkan diri dari tengok benda berkaitan pregnant. Waaaaaaaaaaa ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Dan kena unfollow semua acc yg jual barang budak barang menyusu etc haha. Penat menahan perasaan ini ... Bertahun tahun prepare untuk saat ini tapi hadirnya cuma seketika...
And jgn doakan i pregnant lg taw hahaha
I xmo dah. Tua dah.. nak preggy balik kena tggu dua tahun lagi. Tu pun x menjanjikan the same thing wouldnt happen again.
I nak sihat. I xnk baby lahir maknya xde.
I nak menyusukan baby selagi ada susu..
So buat masa skrg mmg x lah.. nak pregnant pun high risk sgt sgt.. pls ya Allah aku xnk dah kena operate.. sakit.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Kita nak move on dah
Nanti sihat boleh start workout balik
Waist line ni kena reduce from 31 to 28 or 26 hahah
Pastu boleh fokus apa yg ada skrg
Nak g travel, g umrah, g haji..
Dan tak boleh nangis dah toklaki outstation sis got no shoulder to cry on. 🥹🥹
Alhamdulillah.. im just happy the way i am..
Alhamdulillah...
Monday, June 9, 2025
Aidiladha 1446H / 2025M : Erti Sebenar Sebuah Pengorbanan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera uolss..
Tahun ini merupakan tahun paling gembira dan tahun paling menyedihkan buat diriku
Kenapa gembira? sebab akhirnya setelah bertahun-tahun TTC, akhirnya aku disahkan pregnant naturally..
planningnya mmg nak try buat IUI, tapi nak buat IUI tu pun nak kena plan timing betul betul which is both of us susah nak plan sebab toklaki bz, bini pun bz. dua dua bz outstation...
so apa aku boleh buat adalah ubah gaya hidup. mind you, TTC is not just a journey, it's a lifestyle.
aku rasa aku kena buat 1 post special khas untuk TTC.. banyak tips boleh dapat kat situ insyaAllah...
dan kenapa aku bersedih?...
dalam masa dua minggu aku dapat berita mengandung tu, aku terus dikejarkan ke hospital akibat kehamilan luar rahim dimana kandungan dan fallopian tiub terpaksa dikeluarkan..
Ya Allah, peritnya rasa ini...
bayangkan usaha kau bertahun - tahun, akhirnya sekelip mata sahaja ditarik...
aku rasa mungkin aku sedikit okey jika keguguran biasa.., mungkin boleh cuba lagi lain kali... (don't get me wrong, normal miscarriage also hurt that only orang yang melaluinya merasainya... )
tapi ini terpaksa membelah perut sekali lagi bukan untuk melahirkan bayi yang sihat, namun organ dalaman dan embryo yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.... secepat itu Allah menarik semula nikmat yang telah diberikan...
dan yang paling pedih, bertahun -tahun TTC, pregnant sekejap.. dan TAK BOLEH MENGANDUNG LAGI...
just like that, my TTC journey ended...
aku baru je happy happy
dahla baby kalau lahir 38 minggu mungkin dia lahir ikut birthday aku, 8 Januari 2026..
aku pun banyak dah duk berangan sorg sorg .. nak try VBAC, nak menyusukan anak, nak beli stroller, krim stretch mark ehh, nak survey breast pump dan macam macam lagi.. nama anak pun dah deraf... punyalah excited..
dan excited jugaklah sebab FIL sendiri minta dah nak tambah cucu, lagi best tahun ni my SIL yg dah 8 tahun TTC pun dah pregnant juga, tambah aku lagi, tambah lagi adik ipar coming soon insyaAllah ..
double triple happy... i just can only imagine the happiness... :(
and just like that..... its gone.....
Allahuakbar.. sedihnya tak tahulah nak cakap...
selama aku TTC ni, tak pernah aku bersedih tengok orang lain pregnant, because i know my time will come one day... but this time, i can't help it..
we're almost there baby, just 8 more month, just 8 more months to survive...
i remember back than, hubby hugged me and i asked him, happy tak?.. mcm tak percaya je kan?...
doa-doa lah semoga kandungan ni sihat walafiat sehingga melahirkan...
but ... :(((((
dahla masa planning IUI tu kitorang dah nak ikut tarikh agar baby dapat lahir awal tahun depan, so bila pregnant naturally dengan timing baby lahir Januari, memang ngam sangat-sangat dah.. mcm Allah directly bagi hadiah sebijik ikut kitorang harapkan..
but Allah got another plan..
sebelum lembu disembelih pada hari raya haji, perutku terlebih dahulu 'disembelih' untuk melahirkan baby...
doaku bertahun - tahun untuk dapatkan baby, hafazan surah Maryam sejah ramadan lepas, zikrullah yang ku lafazkan setiap masa - Robbi Hab Li Minladunka Zurriyatan Toyyibatan Innaka Sami'u Du'a doa Nabi Zakaria yang bermaksud
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. (QS Ali Imran Ayat 38),
semuanya terjawab..
namun hanya sempat merasainya seketika cuma...
see you in heaven baby, biarlah orang cakap baby sebelum 4 bulan tidak dikira baby lagi but i don't care, i can just ask anything from Allah in Jannah...
tiap kali aku membayangkan baby yang bakal lahir, dan kegembiraan sepanjang kehamilan, walaupun alahan teruk ku lalui jua....
mengimbau kembali...
my period was delayed for 1 week, but there's spotting everyday so i thought maybe this time my hormone goes haywire..
suatu pagi terdetik nak guna UPT.. and turns out double line!!
tak pernah pernah sepanjang 5 tahun ni double line...
memang serius tak sangka..
aku pun text la klinik fertility yg aku selalu pergi tu, dorg suggest makan ubat kuatkan rahim..
so i pun beli la, mahal juga ubat tu rm 123 untuk 2 minggu..
then seminggu lepastu weolss balik kampung, the next day kat kampung tu i bergerak ke perak untuk kursus 3 hari. tak kan nak cancel pulak sebab masa htr nama kursus tu xthu lagi pregnant. in fact tarikh balik kg pun i ubah untuk sama dgn tarikh pergi perak..
so i pun bergerakla kesana mcm biasa, road trip. tumpang kereta jabatan negeri terengganu.. sepanjang roadtrip tu boleh tahan mencabar juga sebab dah mula alahan.. migrain.. stop kat rnr pun i muntah byk kali.. okey je apalah sgt alahan ni nanti 4 bulan ok la..
pastu sampai hotel, malam tu i muntah kuat sgt smpai keluar yg pahit2 hempedu.. lepas je muntah, sakit perut yang teramat sgt... then i pergi meringkuk kat katil.. pastu bangun solat.. masa ni x larat dah terpaksa solat sambil duduk..
esok malam sakit tak hilang lagi, lepas maghrib i g klinik, lepas klinik 1, i pergi pulak klinik ke 2.. minta second opinion.. doktor bagi panadol je..
masa ni rasa mcm x sedap dah sebab alahan dah kurang.. dah x migrain.. i think my baby is gone dah masa tu.. sbb boleh rasa alahan tu berkurang.. perut tetap sakit mcm biasa..
pastu tengah malam sakit datang lagi, kalini lagi teruk.. i muntah teruk gila tepi katil. room mate sempat hulur tong sampah tepi muka i.. muntah2.. menggigil2 sampai berpeluh gila2 sakit perut..
lepas reda sikit... i meringkuk kat katil... tak tahan sangat pukul 1 pagi i decide pergi ke hospital. kalini ke emergency KPJ Ipoh..
then doktor scan nampak kantung mcm biasa.. masa tu sakit dah reda sikit... tp i memang dah suspek ectopic masani.. tak tahu la kenapa lupa nak mention ectopic.. doktor pulak sibuk dk tanya aku ni ada medical background ke (sebab mcm pandai sikit tp aku ckp la saya engineering backgroun tp kalau dr nak explain bahasa medical pun insyaAllah saya faham je ) bla bla bla pastu dia explain.. kantung ok.. i sakit ni sebab ligament is stretching the uterus so normal for pregnancy to feel that way.. yela doktor.. serius aku lupa nak tanya, dr ni ectopic ke?? .
pastu i dengar pun mcm lega sikit.. so i balik... i pergi hospital tu sorg2 je naik grab. hahah.. nasib baik x pengsan tengah jalan..
apa pun doktor patut tahu la kan is something abnormal dia kena la further investigate. ntahla nanti kalau aku rajin aku nak email complaint kat kpj ipoh tu... sabor jela..
or mungkin juga sebab masatu aku dah waras sikit.. aku cakap kat doktor pain score 5/6.. masa tadi tu pain score 7/8 which is aku patutnya cakap pain score aku 10... :(
esoknya perjalanan pulang ke kampung.. dengan sakit yg aku tahan aku selamat sampai di kg.. malam kat kg.. tak boleh tidur..
bangun pagi nak solat subuh , aku meringkukkkk je kat tepi katil.. langsung x boleh solat.. nak solat duduk pun x mampu sebab terlalu sakit....
then tengah hari tu aku minta nak ke hospital sebab x tahan dah.. kat hospital kb, doktor scan nampak perut aku dah penuh dengan darah dah.. then proceed for emergency untuk pembedahan seterusnya.. :(((((
aku lepas kena czer tahun 2018, then laparotomy due to appendicitis tahun 2019 aku dah trauma dah nak kena bedah lagi.. apakan daya tahun 2025 kena bedah lagi sekali....
doktor cakap fallopian tube kanan kena buang, yg kiri telur dia x matang sgt, telur healthy yg kanan. kalau nak pregnant lagi boleh tp kena ivf la.. pastu rahim pun terbalik (retroverted uterus).. i blame this all due to appendix masa i kena tahun 2019.. appendix tu pun sama masa aku sakit tu aku tengah smbung study... tahan sakit 2 minggu baru operate. sepatutnya korang kalau kena appendix kena terus emergency taw.. operate.. i blame myself for this. sape suruh pain tolerance high sgt . doktor pun x percaya aku appendix sbb x nmpk sakit. ntahla noks...
disebabkan appendix tu tak dapat treatment awal, organ dalaman dah infected.. walaupun rahim aku xde blockage, tapi ada bengkak2 sebab tu susah nak pregnant sbb sperm terhalang oleh bengkak2 tu... aku pun x expect pulak kena ectopic pregnancy pulak. logikla... sperm nak pergi pun susah, nak patah balik pun mestilah susah thats why terjadinya ectopic.. baby tu dia membesar kat fallopian tube, patutnya dia turun ke uterus. tp disebabkan rahim aku tu ada bengkak2 so dia x boleh turun.. kenapalah sebelum ni x terfikir.. kun fa ya kun..
bersambung part 2..
Saturday, January 3, 2015
The Power Of Receiving
Tuesday, August 5, 2014
My Life as an Engineer #Part 2
Alhamdulillah now my spirit to blog has come again
thanks to uolss yg tak putus putus bagi semangat lulsss
the reason why i no blog is becoz i have no proper place to sit n view my laptop.
luckily my mama gave me 1 desk n 1 chair n 1 big mirror for me so now i can blog anytime i want
yeay
yeah im a perfectionist so i need my comfort to blog
mengade sangat kan
but the main reason is maybe i have tooo many to say
n i didnt know how to start and compile evrything..
since last 3 months, there are at least 3 titles that keep running in my head
but they are just running in my head without me exploding it
its quite disturbing . really. hahaha
so, lets get started.
now im having writer's block.
why?
.
;
;
;
;
;
ok sambung. so alhamdulillah masuk harini dah genap 3 bulan aku kerja sini
mula mula serius memang aku tak suka
training dalam sebulan kot baru aku diletakkan kat department aku
dalam masa training tu, aku kena belajar the whole plant.
aku kena ambil tahu semua process lah
daripada raw material which is crude palm oil
until its final product which is palm olein and stearin.
stearin tu transfer ke oleochemical plant untuk next process buat soap noddles, glycerin, etc.
plant aku stop sampai olein and stearin je.
erm banyak process kalau nak cerita kat sini
nak aku cerita satu satu ke? hahah
gugel la eh. lainla kalau ko keje kat edible oils boleh pm aku ea
so sepanjang aku belajar kat plant ni,
aku realized something
(erm penatnya nak recall kejadian bulan bulan lepas)
aku realized yang untuk ko belajar engineering, ko sekurang kurangnya kene duk dalam plant dulu
belajar process dan kenal setiap equipment dan fucntion dia. flow dia. semualah
benda ni aku rasa kene belajar dari time 1st year lagi
seriously.
habis foundation terus keje kat plant
intern sana
sebulan pon jadi lah
sebab apa?
sebab seriusly benda alah ni semua penting untuk ko paham bila ko belajar nanti
at least la untuk student tak berapa nak bijak macam aku ni, susah kan nak belajar benda yg kita tak nampak
even ade sesetengah lecturer yg suka kaitkan subject dengan application in industry pon kita tak dapat tangkap sangat kan. ingat senang ke nak bayang benda yang tak pernah nampak dengan mata kepala sendiri
bayang naik pelamin kahwin nanti senanglah! eh haha
memangla setiap sem ade lab, tapi membantu ke lab tu?
macam aku. lab lah time nak bersosial dgn classmate haha
n lab report aku jarang sangat aku paham dan study betol betol
selalu edit je result senior. teruk seyh. yg study betol betol lab report tu adalah orang macam lolie n student cina je
kan?
so aku rasa memang penting la ko belajar pasal plant dulu sebelum masuk ngadap kitab engineering setebal 1000ms . setiap sem habiskan 10 chapter haha gilo kan kita zaman study dulu
bila ko dah kenal plant secara total ko nak study jadi mudah
aku kat sini ade budak intern budak utp jugak, cina. dia pon cakap.
yeah sepatutnya intern sini time foundie dulu baru start belajar engineering.
even 3rd year pon sangat lambat dah sebenarnya.
kalau aku ada anak, dan anak aku nak jadi engineer, aku suruh dia keje kilang lepas spm.
jadi kuli pon takpelah
ko tak tahu yg kuli tu sebenarnya lagi berpengetahuan dari ko seorang degree holder
what a shame kan
sorry i use aku-ko . aku rasa lagi jujur dan tak awkward tulis macamni. rasa sempoi sikit.
dan dalam masa sebulan tu.
memang aku rasa nak nangis, sebab aku memang tak minat engineering.
dan aku tak suka process. aku malas nak paham kenapa kena increase pressure,
kenapa pakai valve ni
kat mana flow dia, mana dia pergi. lepas dia sparging dia buat apa, pipeline kat plant ni susah nak trace,
malas gila nak paham campur dengan tak minat lagilah buat aku tension
serius aku rasa nak berhenti keje je huhu.
but alhamdulillah, selepas sebulan training dekat plant,
kejap, tapi ade satu je yg aku minat dan interesting sikit pasal plant,
dekat fractionation plant. sebab simple sangat process dia haha
simple dan menarik. sebab apa?
dia process RBDPO, which means Refined,Bleached, Deodorized Palm Oil,
dia pakai crystallizer dan bila tukar setting RBDPO tu akan tukar jadi Olein yang berbagai specs.
spec tu ikut kepada custumer requirement lah, ade nak IV 58, ade nak CP8, ade nak CP10.
so bila kita tukar setting, olein yang kita dapat tu lain lain.
untuk hasilkan olein yg kita nak tu makan masa dalam 5 jam jugaklah
kalau takk dapat spec kena restart balik dari awal. fuhh
bila dia jadi crystall, dia transfer turun bawah untuk separate olein dan stearin.
ni syok sebab ade form stearin cake
macam cake uolss, filter pakai membrane filter, cake dia kaler kuning susu macam margerine sikit
aku ade gambar tapi malas pulak nak upload haha
best, rindu pulak nak g fractionation plant, lame dah tak jenguk haha.
lepas sebulan training,
aku ditempatkan kat department aku which is packing plant
serius aku tak sabar nak duk sana
sebab tak teknikal sangat
i loikeee buat apa nak penat penat pikir pasal complicatednye process plant kan haha
dan aku suka sebab tak serabut otak tapi gaji sama je dengan engineer lain
biarlah ko nak cakap aku bodoh dan tak mencabar skill ke ape
sebab being an engineer is not even my dream job
theres nothing i proud of so why i care?
kan. yg penting kerja aku simple dan aku dibayar sama je dengan kerja yg bagi aku serabut.
see? Allah gives me what i really need. thanks Allah..
banyak sangat aku bersyukur kt Allah sepanjang episod hidup aku kat Johor ni
insyaAllah di lain entry aku cakap pasal ni..
tapi satu aku pegang,
aku tak tahu berapa lama aku kerja sini
awal awal dulu ade jugak terpikir nak mencari kerja lain kan
tapi aku dah setting awal awal, at least, sebelum aku kerja tempat lain, aku nak tempat kerja aku sekarang know my present.
dan aku nak diri aku ni ade fungsi kat company ni
aku nak buat changes yang orang nampak, yg orang akan cakap, oh, tu yun la tu dulu buat.
so sekarang ni ade 3 big projects yang aku nak habiskan sebelum aku blah haha ayat ko
1. nak buat fully automation of my packing plant. we need to reduce contract workerd (those nepalese n bangladeshish) haha . cost about ntah berjuta kot.
2. nak buat jerry can punya shed/shelter . costs about 200,000
3. nak buat drumming room, set with air conditioner.
benda ni semua agak besarlah sebab dia meng-ada-kan ape yang tak ada.
and i want to be a part of the team.
dan akhir sekali,
jadilah manusia yang kat mana anda 'dicampak' pon, anda terus bersinar!
lainla kalau dicampak ke neraka tu hanya pahala yang membantu..
life is not just about surviving, we also need to fight.
till then,
tata
Tuesday, July 1, 2014
Safi Shayla Event
![]() |
| no makeup. me makeup. kak fyna makeup |


dengan kembaq serius depa macam anak patung tapi suara serak serak basah comey angat masyaAllah! boleh pulak aku pi temuramah dorang tanya best x jadi kembaq? ape feeling? adik beradik berapa orang macam hape dah aku ni haha.



Saturday, June 21, 2014
Going to Shah Alam : Safi Shayla
heeee tak sabar nye..
sebenarnya ni nak gtaw aku dpt peluang nak makeover dgn Safi Shayla
best kannnn
tapi tu la cuak jugak sebab dah setahun tak jejak key ell
ohh i miss key ell so much
dulu time intern selalu je travel sorg2 naik lrt komuter semua tu
best and i love travelling alone!
but now im so nervous. haha risau takot salah naik lrt ke ape semua kan
and i have to plan my own journey. wuuu
esok pagi gerak dri larkin, turun terminal bas selatan
kt sini la aku pening. sebab TBS ni dia link dgn BTS. haha so aku pernah sesat kot dulu
pening la seriuss
ok so kalau dapat tiket pagi, smpai dlm tghari ,
dari BTS aku igt nak singgah dulu lah g masjid india
haha rindu okayy shopping kt msjid india
barang murah gilaaaaa
pastu baru g kl sentral
then amek ktm g s.alam
eh bukan dr BTS ade link ke nak g s.alam terus?
rasa mcm kt BTS tu ade dua dua kan LRT ngn KTM?
lupa dah
adoiii
acane ni
event kul 230 ptg.
risaunyeee
tak biasa ngn BTS waaaa
haha
pastu ahad malam tu aku tumpang tido kt UKM lah kot haha
sempat kan
harap harap pukul 6 dh habis dh safi shayla tu
seronok sebab dapat apply annual leave isnin tu
kalau tak mati aku g s.alam balik hari.
yeahh cant wait for tomorrow
wait for update kay!
heee
baii
Sunday, May 25, 2014
My Life as an Engineer Part 1
Keje plant tp ggih jgk nak pakai shawl. Tdng syria ade tp singkat.. :(
Kt sini smua kene jaga. Aku jalan mcm gengster, Senyum pon jarang. Mekap lgsg x. Laki rmai kene pndai jaga diri la.
Sedih gk. When boss ckp yun nnti u keje sini u kene active kene kotor n kene jd tomboy. Aku angguk2 smbil bergenang waa xnk jd engneer x mnat nk melawa xnk ktor. Nk jd ckgu nk bkk butik waaa. Im too soft to be an engneer.
Pastu aku ngadu la kt paktam dia ckp alah yun . Tu akk manager kt plant sbelah dlu ckp xmnat smua last2 jd manager gk.
Ko try dlu, belajar dlu.
Skrg ni aku sabar je n cuba adapt . Sbb rugi la blajar engneer last last keje lain. Amek pngalaman byk2. Lgpon keje sini best sbb ko thu detail smpai aku rasa rugi dlu x intern kat sini kalu x xdelah noob sgt bt pdp time fnal year dulu haha (sorry teammates). Cuma tough sikit la n pressure sbb boss suruh blajar mcm2. Tnsion haha. But take it positively lah ek. Mjurlah ade paktam kalau x mmg aku lost gila la kt sini. .
Dan sbbkan aku sorg j pmpn melayu kt sni so aku dilayan mcm princess la wehh. Nak duduk pon org tlg lapikkan kertas. Jatuh sikit org dh concern dah ngehehe.
Sorry byk bebel im alone here so i would like to express..im alone . Alone. Waaa. Dah lame x borak ngn beyie sobss. . Sjak keje ni malas gila nk jiwang2 ngn poknor haha. Sorry bro. Ngantuk penat letih. On9 kjap2 gtu r.
i wrote this in my handphone's note as caption for instagram, but i think its too mainstream to upload it there since many of my friends still dnt get a job so i dont want them to think im showing off. u know, ppl are judging right. dan sebab tu banyak ejaan tak penuh sebab taip kt phone. sorry.
but honestly, im really alone here so u paham2 la. luah kat media sosial is one way to feel that im not alone. ngee
thats all.. nothing to show off or what. bukan keje petronas gaji 5000 pon...
i have a lot to story..
wait for more posts in future k !
till then, tata
xoxo
Thursday, May 15, 2014
Ikut je flow Allah tetapkan. u wont regret. trust me, believe in Him..
Tuesday, December 31, 2013
Happy New Year ! Jom Upgrade !
Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"
Puan: "Saya sudah ada pekerja..".
Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".
Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".
Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya
jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah
yang berada di situ".
Puan: "Tidak, terima kasih".
Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut
bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.
Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin
menawarkanmu pekerjaan".
Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".
Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".
Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya mahu memastikan apakah kerja yang selama
ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja
untuk puan dalam telefon tadi!"
Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2013
untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2014.
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk
kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah
KEMBALI".
selamat menyambut tahun baru 2014!
Wednesday, December 4, 2013
FYP Poster Presentation and Catching Fire
selamat dah habiskan poster presetation, lepas satu hal
rasa macam relieve gila
rasa macam taknak buat fyp dah!
padahal result banyak tak letak
kitorang print poster pagi pagi lagi
well we engineer always do things at last minutes,
and the result of course kebabom! (sometimes)
nasib baik dapat lah akhinyra hehe
dah dapat poster tu masing2 ape lagi semangat lah usung kehulu kehilir
kalau boleh nak pelok tidur sekali
so, few hours before the presentation,
sempat lah praktise with le friends
we should do this more often!
too bad it was our last poster presentation. (perhaps)
kiki
so dah practise byk kali tu macam dah fluent lah nak present
lagipon examiner org india,
indian which is from india so dorg xkisah kot grammar hihi
alhamdulillah!
next :
straight to station 18 to watch catching fire
fuhhh
mmg emosi lah the hunger games this time
i enjoyed it
n i really2 love the ending.
totally unexpected!
thanks guys for the memories
love u
Wednesday, September 11, 2013
Kellie's Castle
this is my second time being here.
last time the fee is nnly RM3, but now RM5. blame the petrol. eh BN. eh haha
lets enjoy the photos!
p/s : baju from nile.com.my .. i love it! quality dia mmg perghh arr.

















