Assalamualaikum dan Salam Sejahtera uolss..
Tahun ini merupakan tahun paling gembira dan tahun paling menyedihkan buat diriku
Kenapa gembira? sebab akhirnya setelah bertahun-tahun TTC, akhirnya aku disahkan pregnant naturally..
planningnya mmg nak try buat IUI, tapi nak buat IUI tu pun nak kena plan timing betul betul which is both of us susah nak plan sebab toklaki bz, bini pun bz. dua dua bz outstation...
so apa aku boleh buat adalah ubah gaya hidup. mind you, TTC is not just a journey, it's a lifestyle.
aku rasa aku kena buat 1 post special khas untuk TTC.. banyak tips boleh dapat kat situ insyaAllah...
dan kenapa aku bersedih?...
dalam masa dua minggu aku dapat berita mengandung tu, aku terus dikejarkan ke hospital akibat kehamilan luar rahim dimana kandungan dan fallopian tiub terpaksa dikeluarkan..
Ya Allah, peritnya rasa ini...
bayangkan usaha kau bertahun - tahun, akhirnya sekelip mata sahaja ditarik...
aku rasa mungkin aku sedikit okey jika keguguran biasa.., mungkin boleh cuba lagi lain kali... (don't get me wrong, normal miscarriage also hurt that only orang yang melaluinya merasainya... )
tapi ini terpaksa membelah perut sekali lagi bukan untuk melahirkan bayi yang sihat, namun organ dalaman dan embryo yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.... secepat itu Allah menarik semula nikmat yang telah diberikan...
dan yang paling pedih, bertahun -tahun TTC, pregnant sekejap.. dan TAK BOLEH MENGANDUNG LAGI...
just like that, my TTC journey ended...
aku baru je happy happy
dahla baby kalau lahir 38 minggu mungkin dia lahir ikut birthday aku, 8 Januari 2026..
aku pun banyak dah duk berangan sorg sorg .. nak try VBAC, nak menyusukan anak, nak beli stroller, krim stretch mark ehh, nak survey breast pump dan macam macam lagi.. nama anak pun dah deraf... punyalah excited..
dan excited jugaklah sebab FIL sendiri minta dah nak tambah cucu, lagi best tahun ni my SIL yg dah 8 tahun TTC pun dah pregnant juga, tambah aku lagi, tambah lagi adik ipar coming soon insyaAllah ..
double triple happy... i just can only imagine the happiness... :(
and just like that..... its gone.....
Allahuakbar.. sedihnya tak tahulah nak cakap...
selama aku TTC ni, tak pernah aku bersedih tengok orang lain pregnant, because i know my time will come one day... but this time, i can't help it..
we're almost there baby, just 8 more month, just 8 more months to survive...
i remember back than, hubby hugged me and i asked him, happy tak?.. mcm tak percaya je kan?...
doa-doa lah semoga kandungan ni sihat walafiat sehingga melahirkan...
but ... :(((((
dahla masa planning IUI tu kitorang dah nak ikut tarikh agar baby dapat lahir awal tahun depan, so bila pregnant naturally dengan timing baby lahir Januari, memang ngam sangat-sangat dah.. mcm Allah directly bagi hadiah sebijik ikut kitorang harapkan..
but Allah got another plan..
sebelum lembu disembelih pada hari raya haji, perutku terlebih dahulu 'disembelih' untuk melahirkan baby...
doaku bertahun - tahun untuk dapatkan baby, hafazan surah Maryam sejah ramadan lepas, zikrullah yang ku lafazkan setiap masa - Robbi Hab Li Minladunka Zurriyatan Toyyibatan Innaka Sami'u Du'a doa Nabi Zakaria yang bermaksud
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. (QS Ali Imran Ayat 38),
semuanya terjawab..
namun hanya sempat merasainya seketika cuma...
see you in heaven baby, biarlah orang cakap baby sebelum 4 bulan tidak dikira baby lagi but i don't care, i can just ask anything from Allah in Jannah...
tiap kali aku membayangkan baby yang bakal lahir, dan kegembiraan sepanjang kehamilan, walaupun alahan teruk ku lalui jua....
mengimbau kembali...
my period was delayed for 1 week, but there's spotting everyday so i thought maybe this time my hormone goes haywire..
suatu pagi terdetik nak guna UPT.. and turns out double line!!
tak pernah pernah sepanjang 5 tahun ni double line...
memang serius tak sangka..
aku pun text la klinik fertility yg aku selalu pergi tu, dorg suggest makan ubat kuatkan rahim..
so i pun beli la, mahal juga ubat tu rm 123 untuk 2 minggu..
then seminggu lepastu weolss balik kampung, the next day kat kampung tu i bergerak ke perak untuk kursus 3 hari. tak kan nak cancel pulak sebab masa htr nama kursus tu xthu lagi pregnant. in fact tarikh balik kg pun i ubah untuk sama dgn tarikh pergi perak..
so i pun bergerakla kesana mcm biasa, road trip. tumpang kereta jabatan negeri terengganu.. sepanjang roadtrip tu boleh tahan mencabar juga sebab dah mula alahan.. migrain.. stop kat rnr pun i muntah byk kali.. okey je apalah sgt alahan ni nanti 4 bulan ok la..
pastu sampai hotel, malam tu i muntah kuat sgt smpai keluar yg pahit2 hempedu.. lepas je muntah, sakit perut yang teramat sgt... then i pergi meringkuk kat katil.. pastu bangun solat.. masa ni x larat dah terpaksa solat sambil duduk..
esok malam sakit tak hilang lagi, lepas maghrib i g klinik, lepas klinik 1, i pergi pulak klinik ke 2.. minta second opinion.. doktor bagi panadol je..
masa ni rasa mcm x sedap dah sebab alahan dah kurang.. dah x migrain.. i think my baby is gone dah masa tu.. sbb boleh rasa alahan tu berkurang.. perut tetap sakit mcm biasa..
pastu tengah malam sakit datang lagi, kalini lagi teruk.. i muntah teruk gila tepi katil. room mate sempat hulur tong sampah tepi muka i.. muntah2.. menggigil2 sampai berpeluh gila2 sakit perut..
lepas reda sikit... i meringkuk kat katil... tak tahan sangat pukul 1 pagi i decide pergi ke hospital. kalini ke emergency KPJ Ipoh..
then doktor scan nampak kantung mcm biasa.. masa tu sakit dah reda sikit... tp i memang dah suspek ectopic masani.. tak tahu la kenapa lupa nak mention ectopic.. doktor pulak sibuk dk tanya aku ni ada medical background ke (sebab mcm pandai sikit tp aku ckp la saya engineering backgroun tp kalau dr nak explain bahasa medical pun insyaAllah saya faham je ) bla bla bla pastu dia explain.. kantung ok.. i sakit ni sebab ligament is stretching the uterus so normal for pregnancy to feel that way.. yela doktor.. serius aku lupa nak tanya, dr ni ectopic ke?? .
pastu i dengar pun mcm lega sikit.. so i balik... i pergi hospital tu sorg2 je naik grab. hahah.. nasib baik x pengsan tengah jalan..
apa pun doktor patut tahu la kan is something abnormal dia kena la further investigate. ntahla nanti kalau aku rajin aku nak email complaint kat kpj ipoh tu... sabor jela..
or mungkin juga sebab masatu aku dah waras sikit.. aku cakap kat doktor pain score 5/6.. masa tadi tu pain score 7/8 which is aku patutnya cakap pain score aku 10... :(
esoknya perjalanan pulang ke kampung.. dengan sakit yg aku tahan aku selamat sampai di kg.. malam kat kg.. tak boleh tidur..
bangun pagi nak solat subuh , aku meringkukkkk je kat tepi katil.. langsung x boleh solat.. nak solat duduk pun x mampu sebab terlalu sakit....
then tengah hari tu aku minta nak ke hospital sebab x tahan dah.. kat hospital kb, doktor scan nampak perut aku dah penuh dengan darah dah.. then proceed for emergency untuk pembedahan seterusnya.. :(((((
aku lepas kena czer tahun 2018, then laparotomy due to appendicitis tahun 2019 aku dah trauma dah nak kena bedah lagi.. apakan daya tahun 2025 kena bedah lagi sekali....
doktor cakap fallopian tube kanan kena buang, yg kiri telur dia x matang sgt, telur healthy yg kanan. kalau nak pregnant lagi boleh tp kena ivf la.. pastu rahim pun terbalik (retroverted uterus).. i blame this all due to appendix masa i kena tahun 2019.. appendix tu pun sama masa aku sakit tu aku tengah smbung study... tahan sakit 2 minggu baru operate. sepatutnya korang kalau kena appendix kena terus emergency taw.. operate.. i blame myself for this. sape suruh pain tolerance high sgt . doktor pun x percaya aku appendix sbb x nmpk sakit. ntahla noks...
disebabkan appendix tu tak dapat treatment awal, organ dalaman dah infected.. walaupun rahim aku xde blockage, tapi ada bengkak2 sebab tu susah nak pregnant sbb sperm terhalang oleh bengkak2 tu... aku pun x expect pulak kena ectopic pregnancy pulak. logikla... sperm nak pergi pun susah, nak patah balik pun mestilah susah thats why terjadinya ectopic.. baby tu dia membesar kat fallopian tube, patutnya dia turun ke uterus. tp disebabkan rahim aku tu ada bengkak2 so dia x boleh turun.. kenapalah sebelum ni x terfikir.. kun fa ya kun..
bersambung part 2..
0 7 orang doa saya cepat kawen!:
Post a Comment