expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label kisah kasih muahaha. Show all posts
Showing posts with label kisah kasih muahaha. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Abah...

Salam.

Abah....
heee
tak tahu la nak mulakan camane....

abah ingat tak kecik kecik dulu, achik ni 'terbolas' or dalam bahasa mudahnya, seorang yang cemerkap?.
abah ingat tak yang achik kena jahit kat dahi masa kecik kecik dulu.
2 kali pulak tu.
yang first, masa main lari lari ngan yadiy, achik terbabas lalu langgar kaki kerusi..
habis berdarah kepala achik kan malam tu...
abah bawak pergi hospital..

then, masa achik darjah 1, sekali lagi dahi achik kena jahit.
abah ingat tak?
masa tu, abah hantar achik pergi sekolah,
petang tu ada latihan sukan.
achik tak dengar kata cikgu,
duduk tepi dekat orang main lompat tinggi
bila orang lompat tak lepas,
palang dia jatuh,
dahi achik sekali lagi berdarah.
nasib baik abah setia menunggu achik dalam kereta masa tu
abah tidur kan?
orang panggil abah,
abah dukung achik
habis penuh darah baju putih abah tu..
tapi achik tak nagis kan?.
achik kuat kan?


abah,
ingat tak ada satu malam
kaki achik berdarah,
tertusuk besi ubat nyamuk,
sebab terjun dari kabinet,
lepas bukak suis lampu sebab tak sampai
achik terjun dan dan kena dekat besi tu,
sebab tak nampak
masa tu  lampu belum menyala lagi
abah bawak pergi hospital...
cemerkap kan achik?
tak dengar kata cikgu.
cuai pulak tu.

abah,
ingat tak
masa achik darjah 5 ke 6 lupa da..hehe
abah tengok achik main basketball,
masa tu, ada latihan shoot bola,
abah tahu tak, tu lah 1st tima achik shoot masuk.
sebab abah yang tengok.
banyak kali jugak lah achik score,
bila ada abah.
semangat abah datang tengok achik main bola.


abah,
ingat tak
abah tak sempat belikan kasut sekolah
bila hari sekolah
achik pakai kasut buruk
tiba tiba, abah datang masa cikgu tengah mengajar.
abah bawak kasut sekolah
terus tukar masa tu kan abah..
bangga achik abah datang sekolah
semata mata nak bagi kasut
taknak achik malu pakai kasut buruk.


abah,
ingat tak
masa achik kena chicken pox
dahi achik berlubang,
ada parut
abah selalu suruh letak ubat
taknak kasi ada parut
tapi abah tak pernah pon belikan ubat?
hehe
tak kisahlah.
janji abah memang teliti.
ada jerawat sedikit pon da bising
abah pantang tengok anak dara dia tak cantik kan abah?


abah
ingat tak,
dulu masa balik sekolah
bila bila masa jugak
abah selalu cium pipi achik
sambil cakap,
"mmmm, sayang anak abah sorang ni"

abah,
sekarang abah dah makin sporting
kerap kali jugak lah
masa call abah, abah cakap 'mmmuuuaaahhhh!!'
best la ada papa macam abah ni.
kan abah kan?
abah hensem
macam jackie chan.
orang selalu ingat abah orang cina
cakap cina dengan abah
tapi asal achik takde muka cina macam abah?



abah
tahu tak
achik selalu mimpikan abah...


abah,
achik nak bagitahu
achik sayang abah....
masa tengah taip ni
achik tiba tiba rasa sebak
ala...
da nak keluar dah airmata...
.
.
.
.
.
abah..
achik sayang abah taw.
sayang sangat sangat
harap achik tak mengecewakan abah
harap achik dapat jadi anak yang baik
harap achik dapat balas jasa abah
mungkin lambat lagi abah nak merasa
tapi insya Allah
akan achik usahakan...



selamat hari bapa abah!!!!!!
we all love u....
family first..

Monday, March 7, 2011

APESAL ??.. EH, ASAL??

Assalamualaikum!
Hehe… sebelum start citer, aku nak senyum dulu sorang-sorang.. “ngeeeeeeeee……………hahahhahhahhaha”.  Boleh tak?.. haha.. citer ni buat aku senyum sorang-sorang tiap kali aku tringat, xdela lawak pon bagi aku, tapi agak buat aku malu kot.hoho.


Alkisahnya story ni terjadi waktu aku form 4 dulu, dekat MRSM alor gajah, Malacca. Huhu… well, sape yg tak tau lagi,aku ni orang pantai timur, specifically orang KeLantan. Haha.. aku tak malu ngaku aku budak Kelantan, sebab orang cakap awek Kelantan cun-cun belake.. betol ke?. Aku pon tak sure sejauh mana kebenarannya. Korang nilailah sendiri eak.. erk.


So bahasa ibunda aku kat rumah, op coz la Kelate kan. Tapi aku rase Kelantan aku takdela pekat sangat, sebab kitorang family cakap campur-campur. Huhu. Kadang cakap Kelantan, ngan anak-anak sedara aku cakap campur Kl ngan Ganu. N kalo aku dengar orang Pasir Mas cakap, ade jugak some words aku yang aku sendiri tak pernah dengar or paham. Ceh, tak nak ngaku orang Kelantan, blah ar aku ni kan. Tapi tak pela. Yang aku nak story bukan sal Kelantan pon, tapi sal pengalaman aku masa mula-mula cakap bahasa standard or speaking Kl la katakan.  Dulu masa skolah kat Kelantan, cikgu suruh baca kat depan, okey jela kan.  But then you know what, when it comes to the real situation, it’s totally different. Macam korang belajar bahasa asing. Macam dulu, aku belajar French. Dalam kelas boleh la cakap sepatah dua, walaupon sebutan tu tak betol sangat. Tapi cuba kalo korang pergi sendiri kat nagara perancis tu, and korang pergi cakap sndiri ngan dorang. Bolehker?. Dengar pon tidok paham (dorang cakap laju giler woo..), apatah lagi nak pergi cakap dengan dorang fluently. Aku tak guarantee korang boleh cakap dengan fasih macam orang perancis tu sendiri cakap, kalo korang setakat belajar French dalam kelas je. I dare u. haha.

Well, pengalaman aku belajar bahasa asing, yang aku fluent, mandarin. Kenapa?. Sebab aku bukan setakat belajar dalam kelas. Tapi aku jugak bergaul dengan budak-budak cina. Yelah, da nak pergi cakap dengan dorang, xclass lar bro nak pakai BM jek. And bila da hari-hari dengar, cikgu pon cakap mandarin, buku teks sume in chinese, belajar Maths, Scieince pon In Chinese. Lama-lama korang paham sendiri lar. Even yang takde dalam buku pon korang boleh taw. Macam bahasa yang mencarut-carut tuu..  er,nk aku reveal skit?. Xyhla, bdk kecik xelok belajar bukan-bukan.

sila cari yang mane aku?. haha. 
Ok. Back to my story. Dulu masa form 4, aku study kat Melaka. Masa mula-mula tu. Memang susah la nak sesuaikan diri. Sebut kampung as ‘kampun’ lar, nak sidai baju, cakap nak jemur kain. And ada tu, masa dalam bilik air, aku dengar ada sorang kawan ni tegur kawan dia tengah basuh baju. “ eh, takpeke awak basuh baju macam tu, campur sekali, tak turun caler ker.. “  haha, aku gelak sorang-sorang dalam hati, mane ade turun caler weh, luntur ar.. hahahahaha.. sedap aku gelakkan orang, tapi takpe, dalam hati je kan. Hoho.  And banyak lagi la. Aku pon tak ingat da.
Then, da habis la semester 1, semua orang sibuk nak balik. Yelah, da tak pernah duduk asrama penuh kan, excited dia lain sikit. Excited giler babi. Hoho. Korang perasan tak, kalo pergi la universiti mane-mane pon, mesti ramai dak Kelantan.(knape eak?). Same as my Mrsm. Ramai giiler budak Kelantan. Siap boleh tempah 1 bas. Budak negeri lain x, werks. So  aku pon tempah la tiket nak balik. Masa tu, cikgu yang handle tiket kitorang,cikgu Satari nama dia. Badan wakil pelajar yang handle transport budak-budak belum dilantik lagi.
ni ha.. cikgu satari.. hahah. 
 Seminggu nak balik tu, aku call parent  aku.

hello.. ma.... 
 “ma, achik nak balik rumah da minggu depan, insya allah hari sabtu pagi sampaila.”
Ma cakap, “ooo, tapi kitorang family semua nak pi KL hari tu, pergi rumah sedara, ada kenduri sikit. So kalo achik balik, takdela orang kat rumah tu. Nak tinggal ngan hantu ke?. Tak takot?.  “
aku pon cakap, “ ala ma, camane ni, achik da tempah tiket balik Kelantan ngan cikgu. Takmo la duduk rumah sorang-sorang. Kalau ada penjahat datang camne?. Waaa…. Takmo-takmo.”
nangis-nangis aku. Ma pon suruh la aku pergi tukar tiket dengan cikgu tu. Tukar tiket  Kelantan ke Kl. So sampai Kl, ma amik kat sana. Ok?.

So keesokan harinya, aku pon pergila jumpa cikgu Satari...
 “cikgu, saya,(then sebut nama penuh aku) nak tukar tiket Kelantan tu. Boleh tak cikgu?. “
“awak nak balik mane?. “
“KL cikgu. Tiket ke Kelantan tu, saya minta tukar ke KL. Boleh gitu?.”
“jap ea, cikgu tengok.(sambil suruh kerani dia buat kerja). Ooo, boleh2.”
Aku senyum gembira. Huhu,, yes!
Then, cikgu Tanya lagi, “asal?”
Aku cakap,” saya asal Kelantan cikgu.”
Cikgu reply,” bukan… saya Tanya asal?”
Haih cikgu ni, tak paham ke?. Aku rasa aku cakap BM da. Aku ulang lagi. “saya asal Kelantan cikgu. KELANTAN.” Kali ni, aku cakap kuat sikit. Bagi clear. Cikgu da tua kot, sebab tu tak dengar.
Cikgu:” haih awak ni, saya tanya asal nak tukar tiket?. ASAL?. APESAL?. APA PASAL?.”
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku:” ooooo, apesal.. hehe.. , takde, family saya cakap nak balik KL, so saya jumpa dorang kt KL jela.. senang. Nanti kang kalo saya balik rumah, tak sape kat rumah tu… “
Cikgu:” ooo, ok2. Masalah awak da setel. Saya da tukar tiket. Nanti kalo ade pape, I roger u k.. “
“terima kasih, cikgu”
Masa nak blah tu, aku tengok kerani kat sebelah da sengih-sengih da. Ciss!
Malu aku weh… ni mesti pasni ngumpat aku neh! Kuang asam jawa betol! Mane aku taw ‘asal’ tu ‘apesal’… adoi.. cikgu ni pon satu, cakap la bahasa baku dengan aku. Paham sikit. Grrrr…


  Sejak hari tu, ringan sikit mulut aku speaking kl. Aku tak guna apesal da. Aku pakai, asal?. Standard sikit bunyi. Keh3. Then, masa cuti tu, adela mamat tu mesej aku. Biasela 2, fan masa skul dulu, kelaka bile ingt balik. Hoho.  Dia cakap, “kalo aku panggil ko Yuna ok ark?.” (dia r orang 1st panggil aku yuna). Aku Tanya dia balik, “bro, ‘ark’ tu ape?. “ haha.. jahil nye aku. So die explain la. Ark tu bla bla bla. And aku tak paham. Lame2, ooo…. Baru aku paham, ‘ark’ tu mean ‘ tak’ .. hehe. . so, skunk ni, kalo ade terdengar orang cakap slang skit, mulela aku gelak dalam hati. Ingat masa aku dulu2. Lame2 ok la tu. 

Hoho. Aku pon nk tergelak ngn Dato Am. Sbb bile aku speaking Kl, dia pon speaking gak. Tapi kedengaran agak keterengganuan..haha.  Tak baik gelakkan dato. Dia sweet dowww.. (ko tak kenal dato mane)
Eh, aku da mengarut. Ntah pape la aku ni. Mesti ada yang nyesal kalo baca(kalo ada yg bacala).. wuu...
Wokai bebeh.
Bubye!