expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year ! Jom Upgrade !

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan. 
Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya 

jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah 


yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut 

bersimpati, dan mendekati pemuda tadi. 


Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin 


menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya mahu memastikan apakah kerja yang selama 

ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja 


untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2013 

untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2014.



Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk 


kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah 

KEMBALI".

selamat menyambut tahun baru 2014!

1 7 orang doa saya cepat kawen!:

Unknown said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)