expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 22, 2011

Eh, awak baca skrip ke ?

Salam.

dah lama tak buat story story yang buat aku gelak sorang sorang time aku teringat. ni lagi satu. nak kata kelakar pon tak taulah. tapi malu kot. macam biasalah, pengalaman nak besar, mestilah banyak perkara perkara berlaku yang kita tempuh kan?. macam first time pam minyak sendiri ke. first time pergi hotel ke. bila kita first time ni, selalunya akan berlaku perkara perkara yang buat kita ingat sampai bila bila.
same goes to me.

 alkisahnya, ini cerita aku first time masuk event kat UTP ni. aku tak tahulah kat Uni korang ada tak event event ni, tapi yang kau tahu, kalau UTP, memang banyak giler event yang korang boleh join. sampaikan ada pihak luar bagitahu, " saya suka berurusan dengan pelajar UTP, mereka pandai dan matang." see?. budak budak UTP ni mereka bagus, tak kekok nak berdepan dengan orang besar. pandai bercakap, outspoken, dan hensem! ecece.. kat UTP ni, lagi ramai students lelaki taw! so kepada awekss di luar sana, bolehlah rajinkan diri belajar time SPM dan masuk utp nanti. sure senior lelaki korang akan bagi layanan VIP baik punye! huhu..

dan bestnye masuk event ni, selain dapat sijil. kita juga dapat banyak pengalaman baru, dapat kenal orang selain dari coursemates kita, dan tak kurang  juga yang menemui cinta sejati mereka wakakaka sejak masuk event ni. ea x?. dan ada juga yang masuk event sebab nak kumpul name tag yang comey comey:

 dan ini gambar asal dia:
nak jugak die letak gambar ni.



ni first name tag yang aku dapat. muka jaundice. 
ada cakap aku macam awek siam dalam ni. ceyt! 

semangat la pulak aku duk p scan semua ni. arghhh!

okok. sambung cerita. 
so, first event aku dekat UTP nih adalah Health Pro. satu program yang menyedarkan masyarakat sekeliling tentang pentingnya menjaga kesihatan diri sebelum terlambat. dan aku join Sponsor department. orang cakap, sponsor department memang susah sikit. kau kena call macam macam syarikat dan try dapatkan sponsor.
masa nak mula call tu, aku memang dah cuak dah. tapi nasib baik kitorang disediakan dengan 'speech', eh, bukan speech, skrip. haha. sebagai guide untuk nak cakap apa sewaktu berurusan dengan HR dorang. contoh skrip dia macamni  lah lebih kurang:

1.       Assalamualaikum /selamat sejahtera / selamat pagi / selamat tengahari,

2.       Saya …(nama anda) membuat panggilan dari university teknologi petronas.ini syarikat…(nama syarikat)? Boleh hubungkan/ sambungkan saya kepada.. (person incharge) / jabatan sumber manusia / jabatan kewangan/ pegawai berkenaan penajaan .

3.       Terima kasih


4.       Assalamualaikum /selamat sejahtera / selamat pagi / selamat tengahari.

5.       Saya …(nama anda) membuat panggilan dari university teknologi petronas. Boleh saya tahu nama encik/ puan/ cik?


6.       encik/ puan/ cik.. (nama)?, pada …..(tarikh), kami akan mengadakan ……(nama program), yang bertempat di …..(Tempat). Program ini akan dijalankan pada 23 dan 24 oktober 2010 dan akan diisi dgn program sampingan seperti(beberapa nama event.x perlu hurai dgn panjang)

7.       Jadi saya ingin bertanya sama ada pihak syarikat encik/ puan/ cik sudi menyertai kami sebagai penaja utama program?

8.       Minta fax number, atau email (email lg prefer)(jgn lupa ttg nama dan jawatan person in charge)

9.       Kami akan menghantar semua dokumen yang berkaitan (sila state dokumen ape)(*tak perlu sekiranya mereka meminta MP selepas bertanya no.8)

10.   Bila saya boleh buat panggilan semula?

11.   Terima kasih



kadang kadang aku speaking, nak nak kalau si pengangkat fon tu orang cina. tak kelass la kan main cakap BM ni. haha 
masa first time aku nak  mula call ni, susah jugakla. dalam setengah jam duk kau dulu lah, eh kaulah dulu. eh kau lah! eh, taknak lah aku, kau dulu tak kira! barulah aku berani nak start process calling tu. huhu.. call je kot, tu pon nak cuak! serius bila ingat balik rasa macam wadde?. calling je kot yang hang nak coward coward bagai. dia pon manusia, bukan hantu. lain la kalau cerita The Phone ke.. The Ring ke yang nak takut takut neh. 


alkisahnya, setelah beberapa calls aku buat, aku pon call la syarikat ni, syyarikat Proton kot kalau tak silap aku.. berpandukan skrip di atas, dengan suara merdu aku, aku cakap slow slow dengan dia. bukan slow, tapi peramah dan santun aww aww. hehe. masa duk bla bla bla tu, tetiba akak kat sana menyampuk," Eh, Adik baca skrip ke?" 
















hahahahahhaah.. masa ni aku dah malu giler da! kantoi! nampak sangat ke aku baca skrip?. eh, bukan nampak, dengar. dengar sangat ke aku baca skrip??.. LOL.. serius aku malu giler masa tu. aku pon lupa da cakap ape dengan dia lepas dia tegur tu.. huwaaaaaa!! noob giler kot.


dan lepas tu,  terus aku tutup kertas skrip tu. langsung tak guna dah! aku pakai ayat aku sendiri call dorang. dah tak main dah skrip skrip bagai ni. be more natural.. huhu.. itulah orang cakap, pengalaman kot.. 
tak ada yang pertama, takkan ada yang kedua. betul tak?. 
lepas tu, aku dah berani dah nak call syarikat mana mana. tapi aku dah sumpah da tak nak join sponsor department! arghh, really dont like it. kena meminta minta, proposal semua. leceh! kalau aku ada syarikat pon, tak delah senang senang aku nak bagi sponsor kat orang. haha. kedekut punya olang maaa.. ngahaha!



 di bawah antara gambar gambar masa event tu..


aku tau aku model

                                            ni cinta aku. aku harap nilah cinta aku sampai bila bila.

yang ni aku edit.

ni dorang, aku tak tahulah dorang bg ke x aku upload gambar ni. kalau tak bagi, gitaw eh. 
aku tak jumpa mana lagi gambar. gambar group pon dah xde da. pergi mana ntah. yang tag kat fb pon hilang. papelah kan..


mana ntah lagi gambar, aku malas nak korek. banyak sangat folder dalam lappy aku. sekali aku delete semua baru puas hati! huhu..


till then, seronok join event ni. 
currently, event aku join adalah Tunas Cemerlang. under Promotion and Publication Department. and i;m lovin it! aku suka la PnP nih. committe pon best best.. tengok ni blog aku buat..--> http://tunascemerlangutp.blogspot.com/2011/08/cyberhunt.html . nice kan?? kalau sudi, follow lah ea.. 
Tunas Cemerlang ni kita berbakti kepada anak anak yatim.. kesian mereka.. kitalah yang kena bantu dorang.... 





aku still pertimbangkan samada mahu teruskan atau tidak event ni untuk tahun depan...













nak ke tak nak??. macam sayang je kt TC neh...
















4 7 orang doa saya cepat kawen!:

Unknown said...

Yun...comey..yang gambar cm awek siam tu sekali imbas tengok mcm aisyah keturunan mahsuri tu..hehe..

p/s : mesti yun jumpa cinta hati kat event ni juge kan =)

yuna icha said...

oo, aisyah tu ea?.. hik2...

xdela... cinta hati jmpe kat convofair.. huhu...

hamzah ian said...

comel gambar

hamzah ian said...

comel gambar