Assalamualaikum.
Ok. Kita sambung cerita. Mesti pernah terpikir kan;
1. “ ala, aku bukannya tak bijak, result aku lagi tinggi pe dulu..werks.” (tak puas hati)
2. “ ala, dia takpela, mak bapak kaya.. tapi aku?. Wawawa..” ( tapi ni kes fly yg sponsored punyer, bukan private, so out of list. Werks)
3. “ala, fly je pon. Tu pon nak kecoh.” (tak puas hati lagi)
4. Bla bla bla..
Cukup. Dah dah perasaan tak puas hati tu. Tak elok sebenarnya. Berbalik kepada cerita aku. Aku nak sangat study oversea. Yela, dalam family aku, tak ada lagi yang fly walaupun aku tahu akak2 and abang2 aku berotak geliga semuanya. Geliga bukan gelegak. Otak gelegak tu kalau kene panas kat mana?. Pikir2lah ea..huk2
Aku dulu teringin sangat nak p Japan. Yup. Japan. Kenapa?. Sebab aku da banyak belajar bahasa cina. And I know that some words in Chinese also used in bahasa jepun. Aku tahu words yang digunakan ada yang sama, and maksudnya juga adalah sama. (dari pengamatan akula). So I want to learn more about japan. Besides, Negara matahari terbit tu terkenal dengan tekonolgi terkini yang canggih and creative. Orang kat sana pon penuh dengan adat2 ketimuran. Jumpa orang, haik! Haik! Tunduk2 je keje. Haha. Naik basikal kat tengah Bandar pon tak malu. Orang kita?. Bagi salam pon malu2 meow. Apa lagi tunduk2 cakap “haik!” haha. Aku ade terbaca, tanda2 kecil kiamat adalah apabila salam hanya diberi pada orang yang dikenali sahaja. Hurmm..
dengan robot pon kene haik jgk kew?
Alkisahnyela result SPM pun da kuar. Masa tu aku da 3 bulan menginap di UTP. Hasil dari result trial spm aku yang tak seberapa dulu. Result SPM aku?. Bolehla jgk sikit2. *8A1,2A2.. haha.. confirm A2 aku Biology! Lagi 1 Bahasa Malaysia. (yela, aku kan nak study oversea, buat ape pandai BM?.. haha) Aku pon apply ler JPA nyer. Nak apply MARA da tak dapat sebab aku masuk UTP, MARA da taja da. Setelah beberapa lama membuat ulangkaji, aku decide untuk apply dalam bidang Sains, minor in astronomi. Yes! I love it! Better than chemical engineering that I am taking now. Tak minat. Selang beberapa hari, aku didapati lulus untuk menghadiri temuduga dekat ipoh je kot tak silap aku. Tapi kan…tapi……. Aku tak pergi ponnn……sob3… kenapa?.. waaaa……. Giler pe aku tak pergi?.
- 1st, sebab aku malas nak susun balik resume. Da siap dalam file da, tapi kene organize balik. Leceh arr.
- 2nd, sebab aku da ada geng kat sini. Aku, Tiya(yang pujuk aku ke UTP ni), Mira and my lovely roommate, Fare. Wuu… aku takot kalau aku pergi, aku tak jumpa kawan macam dorang da. Padahal kawan kat mane2 pon ade kan?. Pesimis tol aku ni. Pesimis?.
- lagi sebab..haaa.. orang cakap, kalo ko keluar, ko kene bayar MARA balik RM 10,000. Fuh! Ingat aku kaya ke?. (padahal, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih) kalo ko betol2 nak fly, RM 10,000 tu bisa diusahakan, bisa diikhtiarkan. Tapi aku silap, mencuba pon tidak. Aku mengalah sebelum berjuang. Aku rasa kalau aku pergi interview tu, and kalau aku dapat, confirm2 aku terima. And now?. Sudah terlambat untuk menyesal.
padahal group interview je pom..
Dan sejak hari itu, aku ubati diri sendiri dengan macam2 reason. Antaranya;
1. Tak mengapa tak study oversea, nanti boleh fly jugak biler honeymoon. Tak payah perah2 otak study bagai. Lagi best.
2. Mujur jugak aku tak pergi, masa foundation susah kot subjek fizik. Tak dapat skor well. Camane nak jadi ahli astronomi?
3. Ala, rezeki ada dimana2.
4. Ala, yang dapat tu pon belom tntu fly, ade persediaan lagi. Takutlah! Aku da untung dapat masuk UTP. Yang tak dapat masuk U langsung pe cer?..syukur..
5. Eh, kat UTP ni pon ramai pe foreigner. Sama je duk oversea pon kan?. Terubat la jugak.
Tu semua adalah kata-kata penyedap hati tiap kali aku rasa frust tak dapat fly… redha je. Kat sini pon result macam ape ntah, ade hati nak fly. Cehh. Tapi aku rasa kalau aku lulus interview tu, mesti aku study bersungguh2 macam SPM dulu, untuk capai apa yang aku ingini sangat. Mesti dapat fly punyelah! Insya allah.
Tapikan, silap aku da. Aku langsung tak mencuba. Anda menyesal sekarang?. Yes, I do. Tapi aku kene kuatkan semangat. Study kat mana2 pon, sama je. Yang penting, aku kene study bersungguh2 walaupon tak pernah ada dalam list cita-cita aku untuk bergelar seorang jurutera kimia suatu hari nanti. Aku kene kuat!. Belajar bersungguh2 supaya one day, dapat kerja bagus2, dapat gaji banyak, balas jasa ma abah,bina keluarga bahagia. . lalala… Apa yang da lepas tu, biarlah. Let by gone be by gone. Tak mengapa. Chemical engineering pon yelah. Best jugak tu. Think positive. Chayok! Aku da 2 tahun kat sini, ada 3 tahun lagi. Kejap jer. Ingat lagi masa selekeh2 masuk form 1 dulu?. Kejap je da besar panjang da kita nih. Besar panjang?. Tapi aku kecik pendek. Pejam celik da grad. Pejam celik da kerja. Pejam celik da kawen. Ops! Haha .Takkanla aku nak grad dengan result yang tak ok kan?. So, aku kena belajar bersungguh2. Bawa parents ke oversea(mekah) suatu hari nanti. Oversea jugak.
Dah dah. Jangan menyesal dah. Sapa suruh hang lagutu?. Padan muka! Wuuu….
Jom2 kita study…
P/S : buat kawan2 yang fly tu, walaupon kitorang jeles ngan korang, tapi kitorang tetap doakan kejayaan korang kat sana. Semoga korang tak lupa diri, tak lupa Negara(thanx to BTN), tak lupa kawan2 yang pernah ajar korang dulu, tak lupa agama, tak lupa keluarga, tak lupa kulit(macamkacang lupakan kulit tu)..taw!. kita study sama2, ko kat sana, aku kat sini. Tengok result siapa lagi gempak. Hoho. And jangan lupe ole2 untuk kitorang bila balik Mesia nanti. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu kat sini, tapi kat sini lagi best. Percayalah!.
4 7 orang doa saya cepat kawen!:
kalu lah 'KALAU' tuh boleh dibeli kat pasar malam, or shopping mall, kan?? boleh la kita beli sekilo kan??
hehe.. cinta!!! yup... tapi 'kalau' bukan macamtu... hehe
rilek sudah
U kat Malaysia ni pun cantik pe ha5
tapi tentang mencuba tu memang betul
patutnya takleh terus mengalah
hmm takpe yang akan datang ni prepare la jangan ulang kesilapan sama (cakap macam pandai)
waa cerita kita sama. study utp jugak now dah final year kui2. rasa menyesal x fly tu still ade kat celah2 hati haha. tq for ur story.
Post a Comment