expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 29, 2026

Infertility

So I just came back from my appt with gynae and let me write it down for myself in case I would like to look back in future. Haha… 

 So seperti sebelum ni, genap setahun since my miscarriage last year, dan sampai sekarang, tidak pregnant2 lagi.. sobss.. hehe bukan tak sedih tapi redha je tq Allah atas ujian ini… banyak je hikmah, tahu je kenapa and for that, alhamdulillah… So before nak start ttc lagi sekali, kitorang g jumpa doktor dulu lah nak tengok mcm mana, boleh ke proceed naturally ke ivf ke cane.. Dah jumpa dan bentang semua medical history, dan scan juga.. sis redhooo… 

 Boleh nampak sendiri tube yang lagi sebelah pun ada hydrosalpinx, di mana cecair tu penuh kt tube. Kalau normal, cecair memang selalu dirembeskan tapi akan flow dan serap balik. In my case, sebab tube i kan dah bengkak bengkak akibat daripada infection from appendix tahun 2019 tu, so cecair tu dia tersumbat dan mengakibatkan susah nak pregnant. Cecair tu juga sebenarnya akan jadi toxin kepada embryo.. entah, mungkin dah banyak embryo yang tak survive selama ttc ni kan..dan dia turun balik semasa period.. who knows.. good bye babies.. dan kalau pregnant lagi sekali pun, high chance utk dapat ectopic lagi sekali. Bahaya.. life threatening condition. 


 So the best way is to remove/ clamp the fallopian tube, and proceed with ivf.. no more trying to have spontanoues pregnancy, no matter how healthy I am.. sbb physically I sendiri pun boleh nampak my condition dalam tu mcm mana.. so kalau nak baby, dan nak next baby lagi, kena ivf la lagi. Haha.. Gitu

 Sedih juga la org lain free free je dpt baby, kita kena bayo. Haha. Tp kita ok je, itulah hikmahnya.. (tak boleh tulis sini panjang2 nnti org judge) 

 Dan harus diingat juga bahawa kuasa Allah itu tiada hadnya, kalau Allah cakap kun, fa ya kun... So apa apa miracles sekali pun, walau berbagai rintangan sekali pun, Allah Maha Berkuasa dan boleh je jadikan sesuatu yang impossible kepada sesuatu yang possible Kita sebagai makhlukNya hendaklah berusaha, bertawakal, berdoa.. 

 Dan tak perlu terlalu focus kepada benda yang kita belum dapat, sebaliknya sangatlah bersyukur dengan rezeki sedia ada ini alhamdulillah... rezeki2 lain banyak sangat tidak terhitung.. sihat tubuh badan, ada makan minum.. etc.. 

 Btw sejak dua menjak duk study pasal infertility ni, rasa2 sis dah boleh sambung belajar kot. Tak jadi doktor, jadi nurse kat fertility centre pun boleh jgk bt part time ni haha. 

 And another best thing about being infertile is, we don’t have to use any precautions to avoid pregnancy. Xyah makan ubat, xyah guna iud, rubber, cucuk hormon, semua tu TAKYAHHHH 

Itulah heaven kita yeee 

 Yang tak heavennya adalah jika anda TTC, your monthly mental burden is unavoidable. 

Tp kalau kita chill chill, bestnya hidup ini tak perlu risau dah takot lekat ke apa.
 Boleh la proceed nak outdoor running, aktiviti lasak, makan suka hati ke apa. 
 So itulah pro n consnye pejuang garis satu dan pejuang garis dua.. dua dua ada cabarannya sendiri.

 Tak perlu jeles sana sini janji kita happy with both conditions ya.. jangan judge2 jgn banding….. semua orang ada dugaan masing masing

 Wallahualam 

 Till next time 

 Byee

0 7 orang doa saya cepat kawen!: